Selepas bersara Mohammed Hanif Omar

Suruhanjaya Memantapkan Pengurusan dan Operasi-operasi PDRM 2004-2005

Pada 2004/2005 beliau dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Memantapkan Pengurusan dan Operasi-operasi PDRM 2004-2005.

Panel khas siasatan kes Aminulrasyid

Tun Mohammed Hanif dilantik sebagai ahli Panel khas siasatan ke Aminulraashid Hamzah pada 2010. Pelajar sekolah, Aminulrasyid Amzah mati mengejut selepas ditembak mati oleh PDRM ketika memecut melarikan diri kerana memandu kereta tanpa lesen berhampiran rumahnya di Shah Alam.

Pengerusi Panel siasatan Perhimpunan Bersih 3.0

Pada 9 Mei 2012, beliau dilantik sebagai Pengerusi panel siasatan bebas menyiasat dakwaan kekasaran polis ketika Perhimpunan Bersih 2012 yang diadakan di Dataran Merdeka pada 28 April 2012. Kredibiliti beliau dipersoalkan kerana menganggap peserta perhimpunan itu ada kaitan anasir komunis. Lim Guan Eng, Saifuddin Abdullah dan Tuan Ibrahim Tuan Man antara yang meraguinya. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bimbang kerana siasatan ini menjadi kabur, bertukar menjadi ‘keganasan’ , menutup penderitaan mangsa-mangsa dan ‘coup d'état’ akan dicipta.[1][2]

Turut dilantik ialah bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Sim, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.